ANAK kapal AirAsia akan memakai pakaian seragam baharu termasuk pakaian perlindungan diri (PPE) apabila pesawat milik syarikat tersebut dibenarkan beroperasi semula. Syarikat penerbangan itu memperkenalkan pakaian baharu itu pada Isnin termasuk pemakaian visor dan juga topeng muka. Pakaian seragam itu diharap dapat melindungi kakitangannya dan juga penumpang daripada wabak Covid-19 sebaik saja pesawat domestik beroperasi semula pada Rabu. Majoriti pesawat AirAsia tidak beroperasi sejak bulan lalu dan tarikh sebenar pesawat antarabangsa akan menyambung semula operasinya masih belum diketahui. Pakaian seragam baharu itu adalah hasil rekaan pereka yang berpangkalan di Los Angeles, Puey Quinones. Dia turut memuatnaik gambar pakaian seragam baharu itu di Instagramnya dengan kapysen ‘AirAsia lancar PPE untuk melindungi anak kapalnya.' “Direka oleh saya. Terima kasih”. Naib Ketua AirAsia Filipina, Sheila Romero berkata:”PPE tersebut amat selesa kerana ia tidak tebal dan berat.” “Saya suka kerana ia kelihatan bergaya, sporty sama seperti digunakan pemandu Formula Satu (F1), ” katanya. - Metro.co.uk