BIARPUN Korea Utara menegaskan presiden Kim Jong-un masih hidup, berita mengenai kematiannya masih lagi bertebaran sehingga kini.
Terbaharu, wujud pendedahan imej satelit yang memaparkan binaan struktur gergasi di sebuah tapak perarakan di Pyongyang.
ARTIKEL BERKAITAN: Tepis spekulasi ramai, Korea Utara tegaskan Kim Jong Un masih hidup
Binaan berkenaan biasanya digunakan dalam perarakan tentera, sekaligus menimbulkan dakwaan wujudnya raptai pengebumian Kim Jong-un.
Ia juga dikatakan hampir sama sewaktu kematian bapanya, Kim Jong-il pada 2012.
Kim Jong-un sudah tidak membuat kemunculan awam sejak 11 April lalu.
Pada Isnin, Korea Utara menegaskan pemimpin mereka masih hidup.
Kenyataan itu menepis dakwaan dia sudah meninggal dunia sebagaimana dilaporkan oleh media-media asing.
Malah, Kim Jong-un dikatakan berada di Wonsan sejak 13 April lalu.
Sebelum ini, tular laporan mengatakan dia meninggal dunia pada Sabtu malam. - The Sun.