suria

Sehidup semati... dijangkiti Covid-19, pasangan warga emas meninggal dunia selang enam jam

Mary Kepler dan suaminya, Wilford meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19. Foto: WGNTV.Com

SEHIDUP semati.

Pasangan warga emas yang sudah hidup bersama selama 73 tahun, meninggal dunia hanya berselang enam jam.

Mary Kepler dan suaminya, Wilford pada mulanya dirawat di sebuah hospital di Wisconsin setelah dijangkiti Covid-19.

Anggota keluarga pasangan ini tidak pasti bagaimana kedua-duanya dijangkiti wabak berkenaan.

Namun dek kerana pasangan itu menghidap penyakit tersebut, mereka dapat tinggal bersama-sama sehingga ke saat-saat terakhir - sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh kebanyakan pesakit Covid-19.

Katil mereka ditempatkan bersebelahan antara satu sama lain dan mereka saling mengucapkan 'Saya sayang kamu'.

Pasangan itu meninggal dunia pada hari Sabtu, kata cucu perempuan mereka Natalie Lameka.

Mary Kepler meninggal dunia enam jam selepas suaminya.

"Mereka berpegangan tangan dan itu sungguh menyakitkan untuk didengar... tetapi dalam masa yang sama kami lega dan sangat bersyukur mereka bersama," kata Lameka. - WGNTV.COM

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

warga emas, Covid-19, sehidup semati

Artikel Lain