suria

Lawat nenek di hospital dengan berbaju pengantin sebelum berkahwin

Shauna dan suaminya membuat keputusan untuk menziarahi neneknya di hospital sebelum majlis perkahwinan mereka bermula. Foto: Facebook/Country Manor Campus

PERINTAH arahan berkurung (lockdown) tidak menghalang pasangan ini untuk disatukan sebagai suami isteri.

Shauna Varner dari Minnesota, Amerika Syarikat (AS) dan pasangannya, Travis bagaimanapun hanya menganjurkan majlis kecil pada 25 April lalu, dan memastikan tetamu mereka mematuhi peraturan penjarakkan sosial.

Namun majlis tersebut tidak dapat dihadiri oleh salah seorang individu penting dalam hidup Shauna iaitu neneknya, Janis.

Janis tidak berpeluang menyaksikan hari bahagia cucunya kerana sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Tidak mahu neneknya ketinggalan, Shauna dan suaminya membuat keputusan untuk menziarahi warga emas itu sebelum majlis bermula.

Pasangan itu tiba dengan lengkap berpakaian gaun putih dan sut, manakala Janis turut mengenakan pakaian yang istimewa bagi menyambut ketibaan cucunya.

Menerusi video yang tular di internet, mereka hanya menatap wajah antara satu sama lain di sebalik pintu kaca.

Shauna juga memberitahu neneknya bahawa dia adalah orang pertama yang melihat dirinya dalam busana pengantin.

Rata-rata warga maya tersentuh hati dengan perkongsian video tersebut. - Indiatoday

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pengantin, nenek, berkahwin, gaun

Artikel Lain