suria

Wanita positif Covid-19 langgar perintah kuarantin, bersentuhan dengan pelanggan di pasar raya

Brunett didakwa melanggar perintah kuarantin di rumah buat kali ketiga.

SEORANG bekas pekerja rumah jagaan ditahan kerana didakwa membeli barang keperluan di sebuah pasar raya penuh sesak walaupun mengetahui dia positif Covid-19.

Kendra Burnett, 37, didakwa melanggar perintah kuarantin dengan menuju ke sebuah pasar raya di Louisville, Kentuky pada Isnin.

Polis berkata seramai 200 pelanggan berada di pasar raya tersebut ketika itu dengan Burnett bersentuhan dengan lima daripada mereka.

Namun tidak jelas sama ada dia memakai topeng mulut semasa pergi ke pasar raya tersebut.

Burnett didakwa melanggar perintah kuarantin selama tiga kali sejak disahkan positif Covid-19.

Wanita itu dipecat dari rumah jagaan orang tua di Treyton Oak Towers pada 23 Mac lalu namun punca pemecatannya tidak didedahkan.

Rumah jagaan itu merekodkan lebih 12 pesakit akibat wabak pandemik itu. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain