suria

Pakar dermatologi kenal pasti lima keadaan kulit dikaitkan dengan Covid-19

Keadaan kulit yang didakwa ada kaitan dengan jangkitan tersebut.

DOKTOR mendakwa telah mengenal pasti lima keadaan kulit yang ada kaitan dengan jangkitan Covid-19 setelah melakukan kajian terhadap hampir 400 pesakit di Sepanyol.

Penyelidikan dilakukan Akademi Dermatologi Sepanyol ke atas 375 pesakit bertujuan untuk memberi gambaran bagaimana penyakit itu menimbulkan gejala pada kulit.

Pakar dermatologi Sepanyol diminta untuk membantu mengenal pasti pesakit yang mempunyai erupsi kulit yang tidak dapat dijelaskan dalam tempoh dua minggu lalu dan mereka yang disyaki atau disahkan positif Covid-19.

Antara keadaan yang ditemui termasuk gelaja seperti chilblain, lepuh kecil, lebam kemerahan dan tompok pada kulit.

Namun penyelidik ingin menekankan dalam beberapa kes, sukar untuk mendedahkan jika keadaan itu disebabkan koronavirus secara langsung.

Justeru masyarakat digesa untuk tidak melakukan diagnosis diri berdasarkan simptom kulit kerana ruam dan lepuh adalah perkara biasa dan sukar untuk membezakan tanpa kepakaran perubatan.

Penyelidikan dilakukan melalui soal selidik dan foto keadaan kulit untuk mengesan corak kemungkinan kesan virus pada kulit. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
kulit, pakar dermatologi, lepuh, lebam, tompok

Artikel Lain