suria

Kambing, betik disahkan positif Covid-19, presiden Tanzania syak ada sabotaj

Presiden Tanzania telah mengarahkan siasatan dijalankan kerana bimbang ada unsur sabotaj apabila kes Covid-19 naik mendadak di negara itu.

JUMLAH kes Covid-19 di seluruh Tanzania yang meningkat mendadak kebelakangan ini membuatkan presiden negara itu meraguinya.

Susulan itu, John Magufuli mempersoalkan situasi itu dan meminta siasatan dilaksanakan kerana bimbang berlaku sabotaj.

Negara di timur Afrika itu mencatat 480 kes koronavirus dengan 16 kematian setakat minggu lalu.

Situasi yang dialami negara itu juga dikritik pihak pembangkang yang menganggap kerajaan menyembunyikan data sebenar dan tidak menganggap wabak itu sesuatu yang serius.

Menambahkan rasa curiga presiden itu apabila ujian ke atas kambing, biri-biri dan betik turut disahkan positif Covid-19 selepas ia dijalankan secara rambang ke atas sampel bukan manusia tetapi meletakkan nama manusia dan usia.

Sampel itu kemudiannya diserahkan ke makmal Tanzania untuk diuji virus berkenaan tanpa kakitangannya mengetahui sumber asalnya.

Hasilnya mendapatikan sampel betik dan kambing disahkan dijangkiti Covid-19, dan bagi presiden itu ia menunjukkan ada kemungkinan penduduk negara itu yang juga diuji positif virus itu sebenarnya tidak dijangkiti.

Pada majlis yang dihadirinya, Magufuli memaklumkan ada kemungkinan berlaku masalah teknikal ketika ujian menggunakan kit yang diimport itu.

Beliau juga memaklumkan telah mengarahkan supaya pasukan keselamatan Tanzania meneliti kualiti kit ujian berkenaan.

Pada Sabtu, Magufuli mengumumkan pihaknya telah membuat tempahan rawatan herba untuk koronavirus seperti mana yang ditawarkan presiden Madagascar.

Dikenali Covid Organik, ia dihasilkan daripada pelbagai tumbuhan di kepulauan Madagascar.-aljazeera.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tanzania, betik, kambing, Covid-19

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan