suria

Pemuda maut ditikam... pemergiannya menyusul beberapa hari selepas bapa meninggal dunia akibat Covid-19

David Gomoh meninggal dunia akibat ditikam berhampiran rumahnya, beberapa hari selepas bapanya meninggal dunia akibat Covid-19. Foto: PA

SEORANG kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) meninggal dunia selepas ditikam dalam satu serangan berkumpulan berhampiran kediamannya.

Lebih memilukan, David Gomoh, 24, baharu sahaja kehilangan bapanya yang meninggal dunia akibat Covid-19 beberapa hari sebelum itu.

Gomoh diserang tidak jauh dari rumahnya di Freemason Road, Newham, tepat sebelum jam 10.30 malam pada 26 April.

Polis dalam kenyataannya mengatakan bahawa Gomoh diserang oleh kumpulan penyerang bertopeng dalam satu serangan 'ganas'.

Dua remaja masing-masing berusia 18 tahun dan 16 tahun sudah ditahan dan bakal didakwa di mahkamah atas tuduhan menyebabkan kematian kakitangan NHS itu.

Seorang anggota polis, Tony Kirk berkata: ‘Keluarga Gomoh mengalami keperitan yang tidak dapat dibayangkan. Dalam tempoh beberapa hari, si ibu telah melihat kematian suami dan anaknya, manakala si adik pula telah kehilangan abang dan ayahnya... kedua-duanya pasti bersedih.

"Gomoh adalah seorang pemuda yang telah bekerja keras untuk memasuki universiti dan, seperti ibunya yang merupakan seorang jururawat, dia bekerja keras untuk membantu masyarakat di NHS." - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, tikam, remaja, bapa

Artikel Lain