SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditahan ketika memandu kenderaan milik ibunya. Lebih mengejutkan kanak-kanak itu berkata dia memandu kereta ibunya kerana mahu membeli sebuah Lamborghini. Kanak-kanak itu ditahan peronda di sebatang lebuh raya Utah dekat Ogden. Petugas peronda pada mulanya menjangka dia pemandu kurang upaya (OKU) tetapi terkejut apabila mendapati pemandu kereta itu adalah seorang kanak-kanak lelaki. Lebih mengejutkan kanak-kanak itu memandu ke California yang jaraknya terletak kira-kira 800 batu. “Kanak-kanak itu berkata dia meninggalkan rumahnya kerana merajuk selepas bergaduh dengan ibunya kerana ibunya tidak mahu membelikannya sebuah Lamborghini. “Jadi dia membuat keputusan untuk memandu kereta ibunya dan menuju ke California untuk membeli kereta itu untuk dirinya, ” kata peronda lebuh raya Utah dalam satu tweet pada Isnin. Semasa disoal siasat, peronda hanya menemui wang AS$3 di dalam dompet kanak-kanak itu. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!