suria

8 tahun penuh derita, wanita dedah dirogol suami beberapa jam selepas lahirkan bayi

Natasha kini bahagia dengan suami baharu.

BUKAN sehari dua, namun derita yang dilalui wanita malang ini berpanjangan selama lapan tahun.

Hanya ingin dikenali sebagai Natasha, dia mengakui hidup dalam ketakutan bersama seorang lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung dirinya.

Katanya, dia bertemu lelaki itu sewaktu berusia 17 tahun.

Pada satu ketika, dia didera tanpa belas kasihan sehingga dirogol selepas beberapa jam melahirkan bayi.

Kisah lama itu dikongsikan semula Natasha kepada pasukan OK! di United Kingdom (UK) dalam mencari dana kebajikan untuk mangsa kegasanan rumah tangga dan pelarian.

"Nampak macam hidup dia baik-bak sahaja, tapi dia ibarat raksasa. Selama lapan tahun saya hidup dengannya.

"Ia menghancurkan hati saya setiap hari, sedikit demi sedikit. Atas nama cinta, dia memanipulasi saya dan menjadikan ia kelihatan normal," ujarnya.

Malah, dia juga dilarang sama sekali untuk keluar bekerja.

Selepas penat berendam air mata, Natasha tampil membuat laporan pada 2015 biarpun pernah diugut bunuh oleh suaminya sekiranya hal itu terbongkar.

Dia akhirnya bercerai dan lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara.

Natasha kini bahagia bersama suami baharu dan turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata. - Mirror.UK.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Natasha, dera, suami

Artikel Lain