SELAIN mengurangkan aktiviti luar rumah, penjarakkan sosial turut disaran sebagai salah satu langkah mengekang penularan Covid-19. Namun, syarikat penerbangan Aer Lingus mengejutkan ramai dengan foto terbaharu di dalam pesawat mereka. Pesawat dari Belfast ke Heahtrow, London itu dirakam membawa penumpang tanpa mengamalkan penjarakkan sosial. Menurut seorang individu, sekitar 95 peratus tempat duduk dipenuhi para penumpang. Setelah tular, Aer Lingus berjanji melakukan siasatan atas insiden itu. "Berhadapan jumlah muatan tinggi dari Belfast ke London pagi ini. "Aer Lingus sedang menilai proses dan prosedur yang tersedia untuk operasi perkhidmatan kami," ujar syarikat itu dalam satu kenyataan. Malah kata Aer Lingus, keselamatan dan kesihatan penumpang menjadi keutamaan mereka. Dalam pada itu, satu pendedahan mengejutkan mendapati 18 juta individu memasuki Britain tanpa saringan tatkala Covid-19 sedang teruk melanda negara itu dan seluruh dunia. Angka itu dikeluarkan Pejabat Dalam Negeri dan mendedahkan 273 individu sahaja yang datang dari Wuhan dan Tokyo membuat isolasi diri selepas tiba ke United Kingdom. - The Sun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!