SATU rakaman yang mengejutkan menunjukkan seekor ular berkepala dua, sehingga menjadi perhatian pakar hidupan liar. Haiwan yang luar biasa itu dilihat dengan kepala masing-masing berebut mencari makanan. Keadaan tersebut memberi maksud bahawa ular seperti itu kebiasaannya tidak dapat hidup lama. Reptilia berkenaan ditemui di kawasan hutan Dhenkikot yang merupakan tempat perlindungan hidupan liar Keonjhar di Odisha, timur India. Ular yang baru lahir itu ditemui oleh seorang jurugambar, Rakesh Mohalick, dan ia dikenali sebagai Ular Serigala yang merupakan spesies tidak berbisa. Kebiasaannya haiwan berkepala dua tidak dapat hidup lama. Foto India News Agency/Jam Press Rakesh berkata: "Satu di antara dua kepala kelihatan lebih panjang ke hadapan sedikit dan kedua-duanya diketahui berjuang untuk mendapatkan makanan." Ular sepanjang 14 sentimeter itu mempunyai dua kepala terbentuk sepenuhnya, iaitu mempunyai empat mata yang berfungsi dengan dua lidah. Menurut Rakesh, kedua-dua kepala haiwan itu bergerak bebas dan keadaam itu menjadi cabaran buat makhluk tersebut untuk bertahan lama dalam kehidupan liar. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!