suria

“Saya ada Covid-19!” - Padah jerit, ludah pada pengawal keselamatan, polis

Jamie McAdam dipenjara kerana meludah seorang anggota polis dan pengawal keselamatan. Foto Cavendish Press (Manchester) Ltd

SEORANG pemuda yang meludah beberapa kali ke arah seorang pengawal keselamatan dan seorang anggota polis ketika dunia dilanda wabak Covid-19, dipenjara 13 bulan.

Bukan setakat meludah, pemuda berkenaan, Jamie McAdam turut menjerit dengan mendakwa dirinya dijangkiti Covid-19.

"Saya ada koronavirus. Saya harap kamu mati disebabkannya!" katanya ketika meludah ke arah pengawal keselamatan.

Dia kemudian menjerit dan meludah pula kepada seorang anggota polis: "Saya tahu saya dapat (Covid-19). Saya sudah pergi hospital."

Kedua-dua anggota itu cuba membantu pemuda berusia 31 tahun itu selepas dia didapati terbaring di atas jalan yang sibuk, akibat tertekan semasa perintah berkurung.

Dia menjerit: "Saya ada koronavirus. Saya telah didiagnosis dengannya, dana saya akan jangkitkan awak selepas. Saksikanlah!"

Susulan tindakan tersebut, dia kemudian ditahan sebelum dihukum penjara.

Dia mengakui melakukan kesalahan itu di Mahkamah Manchester Crown di England.

Menurut McAdam, kakaknya meninggal dunia akibat Covid-19. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ludah, jerit, koronavirus, Covid-19, penjara,

Artikel Lain