suria

Kejam! Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

Seorang jururawat menceritakan detik dirinya dirogol ketika sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah. Foto: Metro.co.uk

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit Covid-19.

Jururawat berusia 48 tahun itu berkata, pada hari kejadian Ahad lalu, dia diserang oleh seorang lelaki di sebuah perhentian bas di Corso Arnaldo Lucci Metropark, Naples, Itali.

Penyerang tersebut melompat dari pagar dan menerkam ke arahnya yang ketika itu sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah.

Menyangka penyerang itu mahu merompak, jururawat berkenaan menawarkan dompetnya namun lelaki berkenaan berkata itu bukan perkara yang dimahukannya.

Penyerang tersebut terus menolaknya ke tanah dan tanpa belas kasihan terus melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Jururawat itu memberitahu La Repubblica: "Dia (penyerang) terus mengulangi 'biarkan saya melakukan apa yang saya mahukan atau saya akan membunuh anda. Diam dan jangan menjerit'.

"Penyerang itu adalah dua kali ganda dari saiz badan saya. Dia marah kerana seluar jeans saya terlalu ketat"

Insiden ngeri itu hanya berhenti ketika bas tiba dan pemandu mula menjerit kepadanya.

Pihak tentera tiba di tempat kejadian dan mengepung lelaki itu sehingga ketibaan polis.

Suspek yang merupakan pendatang haram dari Senegal kemudian ditahan untuk tindakan lanjut - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain