suria

Persembahkan hidangan burung mati, hanya hias dengan tomato... peserta wanita tersingkir dari rancangan MasterChef Sepanyol

Peserta MasterChef edisi Sepanyol, Saray Carrillo. Foto: Metro.co.uk

SEORANG peserta rancangan realiti masakan terkenal, MasterChef edisi Sepanyol membuat tindakan mengejutkan apabila dia 'mempersembahkan' hidangan aneh kepada juri.

Saray Carrillo diberikan tugasan untuk menyediakan masakan daripada daging seekor burung.

Namun, dia tidak berbuat demikian sebaliknya hanya menghidangkan burung tersebut yang masih dipenuhi bulu kepada juri.

Saray hanya menghias 'hidangan' tersebut dengan tomato ceri dan daun bawang.

Adalah menjadi cabaran buat setiap peserta rancangan itu untuk bersedia memasak apa jua jenis hidangan, namun Saray kelihatan langsung tidak mahu mencuba.

Wanita itu mengakui dia takut untuk mengendalikan burung.

Ketika juri pertama melihat hidangan anehnya, beliau berkata: 'Ini tidak pernah dilihat di MasterChef.'

Malah juri juga berpendapat tindakan wanita itu menyertai pertandingan berkenaan sebagai 'kesilapan'.

Akibatnya, Saray tersingkir daripada rancangan realiti tersebut. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain