suria

Penagih dadah dipenjara, terjatuh atas budak sedang tidur sewaktu rompak rumah pukul 5 pagi

Penagih dadah itu dipenjara selama dua tahun.

KEJADIAN yang menakutkan.

Demikian kata seorang wanita apabila seorang penagih dadah terjatuh ke atas anaknya yang sedang tidur pada pukul 5 pagi, 20 November tahun lalu.

Kejadian berlaku sewaktu lelaki itu masuk ke kediaman mereka di Greater Manchester, England, untuk melakukan rompakan.

Ujar wanita itu, dia tersedar akibat bunyi bising sebelum melihat lelaki itu menghampirinya.

Tidak mendedahkan bagaimana insiden itu berlaku, penagih dikenali sebagai Harrock itu akhirnya didakwa di mahkamah.

Malah, dia juga dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun.

"Dia (ibu kanak-kanak) tidak kenal kamu siapa, semestinya dia takut.

"Kami tidak serius untuk berhenti mengambil dadah. Jika ia berterusan, kamu juga akan terus melakukan hal seperti ini.

"ketagihan dadah tidak memberi alasan untuk kamu masuk rumah orang pukul 5 pagi," ujar hakim kes itu kepada Harrock yang berada dalam kandang tertuduh. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

penagih dadah, penjara, perompak

Artikel Lain