VAKSIN untuk Covid-19 didakwa telah diuji ke atas monyet oleh penyelidik di China. Menurut dakwaan penyelidik berkenaan, vaksin tidak aktif itu diuji ke atas sekumpulan monyet baka rhesus macaques. Pasukan Beijing-baes Sinovac Biotech itu tersenarai sebagai empat vaksin yang kini sudah memasuki fasa ujian klinikal di China. Menurut laporan pada Rabu, ini merupakan ujian pertama vaksin Covid-19 dilakukan ke atas haiwan. Menurut laporan Jurnal Sains pula, monyet baka itu mempunyai genetik yang hampir sama dengan manusia. Sebelum ini, pengarah CDC China menjangkakan vaksin untuk wabak itu mungkin siap pada September. Harapan itu dizahirkan dua hari selepas Setiausaha Kesihatan United Kingdom, Matt Hannock membuat kenyataan berkemungkinan vaksin Covid-19 tidak akan ditemui sampai bila-bila. Ujar Hannock, manusia mungkin perlu membiasakan diri untuk hidup bersama virus itu. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!