SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta pakaian dibuang di kawasan pantai di Irvin, Ayrshire Utara. Penemuan itu ternyata mengejutkan penduduk tempatan tatkala ramai yang masih bimbang dengan Covid-19. "Kamu lihat apa yang berlaku di sana, ramai yang datang melepak dan ia mencurigakan. "Mereka tak hiraukan perintah berkurung dan melakukan perkara itu di sini. Ia menjijikkan," ujar seorang individu yang enggan mendedahkan identitinya. Dalam pada itu, jurucakap Majlis Ayrshire Utara berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara itu. Malah, sebuah badan kebajikan kesihatan seksual turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan perkara itu di kawasan terbuka sewaktu perintah berkurung. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!