suria

Keluar tangkap ikan, Gordon Ramsay dikecam tak hirau perintah berkurung

Foto yang dikongsi Gordon Ramsay.

CEF selebriti terkenal, Gordon Ramsay dikecam ramai gara-gara perkongsian terbaharunya di media sosial.

Menerusi posting itu, dia kelihatan berada di satu kawasan sambil memegang dua ekor ikan.

Pengikut media sosial ternyata tidak menyenangi posting itu dan menyifatkan Gordon sebagai individu tidak bertanggungjawab kerana melakukan aktviti luar sewaktu penularan Covid-19.

Malah, posting gambar itu turut dihujani dengan pelbagai komen orang ramai.

"Adakah ia perjalanan yang penting? Saya tak rasa begitu. Tolong hentikan penularan Covid-19.

"Saya selalu menangkap ikan beberapa kali seminggu, tapi saya sudah tidak lakukannya sepanjang perintah berkurung.

"Sangat tak bertanggungjawab keluar memancing ketika waktu seperti ini," tulis netizen. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Gordon Ramsay, ikan, Covid-19

Artikel Lain