SEORANG kakitangan pejabat tiket tren di Britain dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 selepas dia diludah oleh seorang penumpang ketika bertugas. Dalam insiden yang berlaku pada Mac lalu, Belly Mujinga, 47, ketika itu sedang bertugas di stesen Victoria di London, apabila seorang lelaki yang didakwa mengaku positif Covid-19 batuk ke arahnya dan rakan sekerja. Beberapa hari kemudian, Belly dan rakan sekerjanya jatuh sakit dan didapati dijangkiti wabak berkenaan. Belly yang mengalami masalah pernafasan, dimasukkan ke Hospital Barnet dan terpaksa bergantung kepada ventilator. Wanita ini bagaimanapun meninggal dunia pada 5 April. Hanya sepuluh orang menghadiri majlis engkebumiannya. Suaminya, Lusamba berkata: 'Sangat teruk kehilangan orang yang anda sayangi dengan cepat. Kami pasti dia mendapat jangkitan virus daripada lelaki yang meludahinya" Pengarah Urusan Southern Railway dan Gatwick Express, Angie Doll turut bersimpati dengan berita kematian wanita tersebut dan berjanji akan menyiasat insiden berkenaan. Sementara itu Polis Britain juga sedang meneliti insiden berkenaan. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!