suria

Virus tak akan lenyap! Ketua saintis WHO ramal tempoh 5 tahun untuk Covid-19 berada bawah kawalan

Ketua saintis WHO Soumya Swaminathan meramalkan pandemik Covid-19 dapat dikawal dalam jangka masa empat hingga lima tahun. -foto AP

TEMPOH empat hingga lima tahun mungkin diperlukan sebelum pandemik Covid-19 dapat berada di bawah kawalan, kata seorang pegawai kanan kesihatan global.

Tetapi dengan pengakhiran pandemik ini yang bergantung kepada virus itu sendiri dan pengembangan vaksin yang efektif, terdapat kumpulan pakar yang tidak menetapkan tempoh khusus bagi membendung virus tersebut.

Di seluruh dunia terdapat lebih dari 4.3 juta kes koronavirus yang disahkan, dengan jumlah kematian sekarang mencecah 300,000 kes.

Ketua Saintis Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) Soumya Swaminathan pada persidangan digital FO's Global Boardroom berkata: "Saya dapat katakan bahawa dalam jangka masa empat hingga lima tahun, kita mungkin dapat mengawalnya.”

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkara ini termasuklah sama ada virus itu matang, langkah-langkah pencegahan yang dilakukan dan pengembangan vaksin, katanya pada persidangan itu.

Dia berkata, vaksin pada masa ini dilihat sebagai jalan keluar terbaik, tetapi terdapat banyak andaian dan kemungkinan mengenai keberkesanan dan keselamatannya, begitu juga pengeluaran dan pengedaran secara adil.

Semasa taklimat WHO dari Geneva, Dr Mike Ryan, yang mengetuai program kecemasan kesihatan organisasi itu berkata tidak ada yang dapat meramalkan bila penyakit itu akan lenyap.

Dia juga mengeluarkan peringatan tentang kelonggaran lockdown tanpa langkah pengawasan yang tepat.

“Kita mempunyai virus baharu yang memasuki populasi manusia untuk pertama kalinya oleh itu sangat sukar untuk meramalkan bila kita dapat mengatasinya,” katanya. -Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

vaksin, WHO, pandemik, Covid-19

Artikel Lain