suria

Hampir 50 bayi dilahirkan dengan kaedah ibu tumpang ‘terkandas’ di Ukraine gara-gara ‘lockdown’

Kesemua bayi ini sedang menunggu untuk diambil oleh 'ibu bapa' masing-masing. Foto: Mirror.co.uk

SATU klip video menunjukkan hampir 50 bayi yang lahir menggunakan kaedah ibu tumpang 'terkandas' di Ukraine, menjadi tular dan mengejutkan ramai pihak.

Kesemua 46 bayi itu ditempatkan di sebuah hotel di Kiev dan sedang menunggu untuk diambil oleh ibu bapa dari serata negara seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Itali, Sepanyol, Israel, Jerman, China, Mexico, Romania dan beberapa negara lain.

Bagaimanapun bayi-bayi berkenaan 'terkandas' dek kerana perintah berkurung (lockdown) yang dikuatkuasakan di hampir kebanyakan negara di dunia akibat pandemik Covid-19.

Kesemua bayi berkenaan dijaga oleh kakitangan organisasi yang digelar sebagai 'kilang bayi' itu.

Individu yang mahu menjadi ibu bapa kepada bayi-bayi berkenaan dikatakan menghabiskan antara RM 30,000 hingga RM 300,000 kepada organisasi yang membantu mereka dalam memulakan sebuah keluarga. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bayi, tumpang, lockdown, Ukraine

Artikel Lain