CHINA memiliki lima vaksin Covid-19 yang berpotensi dalam ujian ke atas manusia dan lebih banyak lagi sedang dalam proses, kata seorang pegawai kesihatan. Kenyataan itu muncul ketika dunia kini berlumba-lumba mencari formula untuk menghentikan penularan wabak tersebut. Setakat ini belum ada 'reaksi buruk yang besar' dilaporkan dalam kalangan 2,575 sukarelawan yang mengambil bahagian dalam lima ujian bagi fasa dua, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Zeng Yixin. "Menurut rancangan, jika semuanya berjalan lancar, projek ini akan melengkapkan fasa kedua ujian klinikal pada bulan Julai tahun ini," kata Zeng. Lebih banyak calon vaksin sedang dalam proses dan menunggu persetujuan untuk diuji ke atas manusia, katanya. China sebelum ini mengatakan empat percubaan ke atas manusia sedang dijalankan. Zeng bagaimanapun tidak memperincikan bilakah tempoh ujian itu, yang mesti melengkapkan tiga fasa agar ia disetujui untuk digunakan, akan selesai. - CNA Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!