suria

Guru besar bantah arahan buka sekolah ketika Covid-19 belum reda – “Saya lebih rela pelajar tangguh belajar daripada mati”

Howard menyatakan kebimbangannya menerima kembali murid-murid ketika pandemik Covid-19 masih belum reda. Foto: BPM

SEORANG Guru Besar di sebuah sekolah rendah di Sheerness, England membantah pengumuman kerajaan yang mahu membenarkan sekolah kembali dibuka tidak lama lagi.

Menyuarakan kekhuatirannya, Howard Fisher yang juga Guru Besar di Sekolah Rendah Gereja St George menulis surat kepada ibu bapa dengan antara lainnya menyatakan kebimbangannya menerima kembali murid-murid ketika pandemik Covid-19 masih belum reda.

Dia bahkan mengatakan bahawa dia lebih suka pelajar sekolah itu mengulangi tahun akademik agar ibu bapa tidak 'kehilangan' anak masing-masing.

Isi kandungan surat itu telah dikongsi ke halaman Facebook sekolah, di mana ia telah menerima sokongan ramai ibu bapa.

Surat itu yang bertarikh 11 Mei mengatakan: "Jarak sosial di sekolah tidak wujud, dan tidak akan wujud'

"Saya boleh menempatkan dua pelajar di kelas yang berbeza namun mereka masih boleh mendapat jangkitan demam campak misalnya, kerana begitulah keadaannya di sekolah.

"Virus ini pula adalah super-spreader," katanya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, sekolah, guru besar

Artikel Lain