suria

Membimbangkan! Pakar perubatan China kenal pasti kesan sampingan jangka panjang dihadapi pesakit Covid-19

Pesakit Covid-19 yang kritikal boleh mengalami kerosakan organ dan komplikasi lain.

DOKTOR China mendedahkan beberapa kesan sampingan koronavirus jangka panjang yang membimbangkan.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China mengeluarkan satu garis panduan baharu yang menasihati doktor mengenai rawatan selepas pesakit dijangkiti koronavirus.

Mereka mendedahkan beberapa pesakit Covid-19 yang pulih memerlukan rawatan untuk kerosakan paru-paru dan jantung, masalah pergerakan dan beberapa kes gangguan psikologi.

Lebih 78,000 pesakit Covid19 discaj dari hospital di China.

Walaupun kebanyakan pesakit yang dijangkiti Covid-19 hanya akan mengalami gejala ringan dan sembuh dengan kesan sampingan jangka panjang yang minimum, mereka yang kritikal boleh mengalami kerosakan organ dan komplikasi lain.

Kerosakan organ seperti aritmia jantung atau angina boleh berlaku selain timbul masalah lain yang berkaitan untuk tempoh jangka masa panjang.

Garis panduan penjagaan selepas dijangkiti virus itu yang perlu diberi perhatian termasuklah kemurungan, insomnia, gangguan makan dan pelbagai masalah mental dan neurologi. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan