suria

Ajaib! Bayi baru tiga jam lahir terkena dua tembakan terselamat

Doktor berjaya menyelamatkan kaki Nazia yang cedera akibat tembakan.

SEORANG bayi terselamat meskipun terkena dua das tembakan dilepaskan militan ISIS yang merempuh masuk ke sebuah wad bersalin di Kabul.

Tiga lelaki bersenjata turut mengelar leher sebilangan besar jururawat dan pengawal keselamatan hospital ketika mereka menyerang Hospital Nasional Barchi.

Seorang wanita dipaksa bersalin dalam senyap ketika pengganas melakukan serangan.

Bayi diberi nama Nazia terkena dua tembakan di kakinya semasa berada di wad besalin manakala ibunya meninggal dunia dalam serangan itu.

“Melihat bayi baru dilahirkan selama tiga jam ditembak dua kali, semua terkejut. Ia perbuatan tidak berperikemanusiaan, ” kata Dr Noor ul-Haq Yousafzai.

Ibu Nazia berada dalam kesakitan tetapi cuba bertahan.

“Dia juga memasukkan jari ke mulut bayinya untuk menghentikannya daripada menangis, ” kata Dr Noor.

Terdapat 26 wanita berada di wad bersalin itu semasa insiden berlaku.

Seramai 11 maut termasuk tiga ketika mereka sedang bersalin. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bayi, terselamat, tembakan, ISIS, militan

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan