SETIAP orang ada cara tersendiri dalam mencari kebahagiaan. Begitu juga lelaki ini bersama anak perempuannya yang mana mereka dirakam memakai pelbagai maskot dan kostum setiap kali keluar membuang sampah. Berasal dari Sepanyol, hal itu menjadi rutin harian mereka sepanjang perintah berkurung Covid-19. Mereka sebelum ini pernah memakai kostum karakter filem Frozen, Spider-Man, Dragon Ball Z, Batman, maskot robot dan pelbagai lagi. Ia turut dikongsi di Instagram, menjadi tular dan sering menerima beribu tanda suka (likes). Dikenali sebagai Jamie, lelaki itu berkata dia dan anaknya berpakaian sedemikian rupa sebagai simbolik adiwira yang mahu melawan musuh. Jelasnya, musuh semua manusia pada waktu ini tentunya Covid-19 yang sudah meragut banyak nyawa di seluruh dunia. - India Today. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!