SEORANG pembaca berita kekal tenang meskipun anak lelakinya berusia enam tahun tiba-tiba menjerit di belakangnya ketika dia sedang bersiaran secara langsung dari rumah. Insiden berlaku ketika Martha Sugalski mengulas mengenai peraturan ketika menaiki teksi di Orlando, Florida. Sugalski turut meminta maaf kepada penonton di atas insiden itu sebelum meneruskan live tersebut. Sebaik selesai live tersebut, Sugalski memperkenalkan anaknya, Heaton kepada penonton. Sugalski juga sempat bergurau bahawa anaknya itu bimbang jika tidak dapat makan pencuci mulut kerana mengganggu tugas ibunya. Wabak Covid-19 memaksa ramai pembaca berita bekerja dari rumah bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) penjarakkan sosial dipatuhi. Sementara itu, seorang wartawan sukan, Jessica Lang turut berdepan situasi sama apabila bapanya yang tidak berbaju dapat dilihat secara dia sedang bersiaran langsung. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!