BAGI menghilangkan kebosanan kerana 'perintah berkurung', seorang pemuda dari Filipina menjadi tular selepas menghasilkan sebuah layang-layang gergasi yang kelihatan seperti seluar dalam wanita. Neil Alcantara, dia menghasilkan layang-layang itu bagi tujuan meraih perhatian orang ramai supaya mereka dapat tersenyum meskipun ketika perintah berkurung akibat wabak Covid-19. Layang-layang tersebut, yang kelihatan seperti sehelai seluar besar berwarna putih dan biru, berukuran 1.5 meter dan telah terbukti dapat terbang tinggi ketika Neil melepaskannya. Ia diperbuat daripada campuran bahan plastik dan mempunyai perincian yang mengagumkan, seperti hiasan riben dan renda hitam. Sebagai langkah-langkah keselamatan, Neil bermain layang-layang berkenaan jauh dari kawasan tiang elektrik. Neil, yang berasal dari Kota Quezon, berkongsi mengenai karyanya itu di laman sosial Facebook. Menerusi perkongsian tersebut, dia menulis mahukan melakukan sesuatu dan akhirnya ia menarik perhatian media tempatan. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!