suria

Lelaki dakwa Covid-19 angkara kerajaan terlantar di hospital kerana dijangkiti virus

Brian tidak mahu orang lain melalui sebagaimana yang dilaluinya di hospital. Foto WPTV

SEORANG lelaki yang mengecam pandemik Covid-19 adalah angkara kerajaan untuk cuba melakukan sesuatu, telah dijangkiti virus itu.

Dia yang merupakan seorang pemandu, Brian Hitchens terpaksa mengubah pandangannya mengenai virus yang membawa maut itu setelah dia dan isterinya dimasukkan ke hospital setelah dijangkiti Covid-19.

Bercakap kepada media tempatan di Flora, Amerika Syarikat (AS), dia hanya akan berdoa setiap pagi dan percaya bahawa Tuhan akan melindunginya.

Menurutnya, dia berasa seperti 'histeria' apabila orang di sekelilingnya mula memakai topeng muka dan sarung tangan.

Bagaimanapun, beberapa minggu kemudia, Brian bercakap dari katil di hospital.

Brian menyeru kepada orang ramai untuk mengambil perhatian secara serius tentang virus tersebut.

Bercakap kepada WPTV, dia berkata: "Saya fikir mungkin kerajaan mencuba sesuatu, dan seperti mereka melemparkannya ke luar sana untuk mengalihkan perhatian kita."

Brian bagaimanapun menggesa orang ramai untuk mengambil perhatian mengenai Covid-19 agar tidak melalui seperti apa yang dialaminya di hospital.

Pada April lalu, Brian cuba menghilangkan kerisauan mengenai virus itu menerusi Facebook, yang setakat ini telah membunuh hampir 89,000 nyawa di AS. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kerajaan, Covid-19, angkara,

Artikel Lain