SEORANG ahli astronomi tekenal mengakui kewujudan makhluk asing. Namun kata Dr Sheila Kanani, mereka berkemungkinan makhluk yang kurang bijak dan tidak memiliki mata hijau sebagaimana dibayangkan ramai. Namun katanya, ada kemungkinan tipis manusia mungkin bertemu dengan makhluk asing yang bijak di angkasa lepas. Menurut Dr Sheila lagi, kewujudan sistem solar yang lain memberi bayangan bahawa bukan manusia sahaja yang wujud di alam ini. "Tak boleh fikir bahawa manusia bersendirian, alam semesta ini terlalu besar," ujarnya. Dalam pada itu, bekas penyampai televisyen, Konnie Huq turut berfikiran serupa. Ujar wanita berusia 44 tahun itu, dia memiliki persepsi yang sama sahaja ke atas makhluk asing, anjing dan burung yang wujud. "Semuanya aneh dan ia berlaku dalam planet ini, angkasa sangat luas, pastinya ada kehidupan di luar sana," ujarnya lagi. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!