suria

Kemalangan Nissan Skyline, gadis sarat mengandung maut... dijangka bersalin lagi 3 minggu

Kejadian itu berlaku pada petang Jumaat lalu.

KEMALANGAN yang cukup mengerikan.

Begitulah yang dapat menggambarkan sebuah Nissan Skyline yang hampir musnah dalam satu kejadian ngeri di Australia.

Dalam kejadian itu, kereta berkenan dinaiki pasangan kekasih Maddie Morgan, 21, dan Jack Bryant, 23.

Mereka kemudiannya berlanggar dengan sebuah Ford Falcon pada 7.45 petang Jumaat lalu.

Maddie meningal di Hospital Midland manakala teman lelakinya kini sednag dirawat di Hospital Diraja Perth.

Lebih memilukan, gadis itu sedang sarat hamil dan dijangka bersalin lagi tiga minggu.

Menurut seorang rakan kepada pasangan itu, kejadian berkenaan disifatkan cukup tidak adil.

"Dia sangat gembira untuk menjadi bapa, untuk mulakan fasa baharu kehidupan," ujar individu itu.

Rakan-rakan pasangan itu turut menziarahi lokasi kejadian dan meletakkan jambangan bunga pada Sabtu sebagai simbolik atas pemergian Maddie. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain