suria

Lelaki buta jadi pendaki gunung, akui tak mungkin hebat jika dikurniakan penglihatan seperti orang normal

Aksi Jesse Dufton sewaktu mendaki gunung.

DILAHIRKAN dengan keadaan genetik yang disebut retinitis pigmentosa, ia menyebabkan Jesse Dufton, 34, kehilangan penglihatannya sedikit demi sedikit.

Kemuncaknya, dia hilang deria itu 100 peratus sewaktu sedang belajar di universiti.

Namun katanya, dia sudah mula mendaki gunung sejak kecil lagi.

Biarpun kini tidak boleh melihat lagi, dia masih meneruskan aktiviti itu.

Namun, dia bersyukur dengan apa yang berlaku dan mengakui tidak mungkin menjadi hebat sekiranya dia masih boleh melihat dengan normal.

"Ianya mustahil saya boleh jadi pendaki yang hebat kalau saya tak buta, jika saya tak hadapi semua cabaran ini.

"Ia tidak akan mengajar saya menjadi fokus. Keazaman itu dicipta menerusi kekurangan saya," ujar Dufton.

Selain itu, dia juga pertama kali bertemu dengan isterinya sewaktu mendaki gunung.

Dari situ, cinta mereka berputik sehinggalah ia berakhir dengan perkahwinan.

"Saya melamar pada 2017 sewaktu kami mendaki di Greenland. Ia pendakian saya yang paling gah.

"Apa yang menyedihkan, saya tidak boleh melihat wajahnya," ujar Dufton lagi. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pendaki gunung, buta, Greenland

Artikel Lain