suria

Gara-gara nak cepat kencing, warga emas dilarang masuk pasar raya

Seorang pesara, Graham Dunn dilarang memasuki sebuah pasar raya. Foto Stoke Sentinel / BPM Media

SEORANG warga emas dilarang memasuki sebuah pasar raya selepas didapati melanggar peraturan 'perintah berkurung' semasa hendak menggunakan tandas.

Pesara yang juga pesakit kanser itu, Graham Dunn berkata, dia dilarang masuk ke sebuah cawangan pasar raya di Tunstall, United Kingdom berikutan insiden berkenaan.

Lelaki berusia 76 tahun itu mendedahkan disebabkan penyakit kanser itu, dia perlu ke tandas untuk membuang air setiap 15 minit pada siang hari.

Isnin lalu, dia terpaksa beratur panjang selepas terlewat 30 minit untuk mendapatkan keistimewaan untuk sesi membeli-belah khas.

Sebaik berada di barisan hadapan, dia terdesak untuk bergegas ke tandas sehingga melanggar penjarakkan sosial.

Kejadian tersebut menyebabkan empat pengawal keselamatan dan seorang kakitangan mengarahkannya untuk meninggalkan pasar raya sebaik dia keluar dari tandas - Mirror



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain