suria

10,000 penduduk terjejas, rakaman dari helikopter papar detik ngeri 2 empangan pecah

Rakaman yang dibuat dari sebuah helikopter.

PERGERAKAN air luar biasa dari dua empangan di Michigan, Amerika Syarikat yang pecah berjaya dirakam dari sebuah helikopter.

Menerusi kejadian itu, sekitar 10,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas beberapa kawasan mula dibanjiri air.

Malah, rakaman juga menunjukkan air mula melimpahi tebing sebelum menghampiri kawasan kediaman.

Pihak berkuasa Michigan turut mengumumkan status kecemasan dan menjangkakan banjir ekstrem di kawasan itu.

Empangan terlibat, Edenville dan Sanford pecah selepas hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

"Dalam 12 ke 15 jam seterusnya, beberapa kawasan mungkin ditenggelami air setinggi 2.7 meter.

"Ia menjejaskan 3,500 rumah melibatkan 10,000 penduduk yang terpaksa dipindahkan," ujar pengerusi lembaga penduduk di kawasan itu.

Sehingga kini, tiada sebarang kes lemas, kecederaan dan kematian dilaporkan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

empangan, banjir, helikopter

Artikel Lain