SEORANG wanita ditahan selepas meninggalkan bayinya yang berusia 14 bulan di dalam sebuah kereta sedang terbakar. Teruk melecur, bayi itu bagaimanapun selamat selepas berjaya ditarik keluar oleh beberapa individu di lokasi kejadian. Kejadian itu berlaku di sebuah lebuhraya di Colombia pada Isnin. Hasil siasatan, didapati dia sengaja membakar kereta itu sebelum ditahan pihak berkuasa. Selepas diberikan rawatan, dia didakwa di mahkamah atas cubaan bunuh ke atas anaknya. Dia juga sudahpun dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!