suria

Pakar: Tiada bukti Covid-19 dicipta di makmal Wuhan – “Manusia tidak cukup pandai mencipta virus ini”

Seorang pakar berhujah bahawa tiada bukti kukuh Covid-19 direka di makmal di Wuhan. Foto: AFP

TIADA bukti kukuh yang menyokong dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa wabak Covid-19 dicipta di sebuah makmal di Wuhan, China, demikian hujah seorang pakar.

Trump awal bulan ini membuat spekulasi dengan mengatakan bahawa virus tersebut dicipta di makmal penyakit berjangkit di bandar berkenaan dan mungkin telah disebarkan ke seluruh dunia sebagai satu 'kesilapan'.

Namun ujarnya, penyebaran itu mungkin juga dilakukan dengan sengaja.

Bagaimanapun Profesor David Robertson menolak teori Trump, dengan alasan bahawa tidak ada bukti yang menyokong teori tersebut dan mengatakan bahawa manusia 'tidak cukup pandai merekacipta virus ini'.

Pakar itu berkata kepada sebuah jawatankuasa Sains dan Teknologi: "Nampaknya tidak mungkin memandangkan dengan munculnya pasar haiwan. Anda beranggapan virus berasal dari spesies eksotik dan kemudian anda mempunyai pasar hidupan liar - nampaknya ia penjelasan yang paling pelik."

Profesor Robertson kemudian ditanya sama ada sampel Covid-19 berusia antara 40 hingga 50 tahun yang dijumpai di makmal Wuhan mungkin menjadi penyebab kepada pandemik terkini, dan dia menjawab: "Tidak, sama sekali tidak".

Dia menambah: "Tidak ada bukti untuk ini. Kita semua boleh 'menikmati' teori konspirasi tetapi anda perlu mempunyai bukti."

Jawatankuasa itu juga diberitahu bahawa Covid-19 adalah tidak dapat diramalkan berbeza dengan apa yang telah ditemui dan disimpan di makmal. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Wuhan, Covid-19, pakar

Artikel Lain