KIRA-KIRA 70 kes positif Covid-19 dilaporkan di Perancis hanya selepas seminggu sekolah-sekolah di negara itu dibenarkan untuk dibuka semula.
Sebahagian sekolah mula dibuka minggu lalu dan seramai 150,000 pelajar kembali ke sekolah pada Isnin.
Menteri Pendidikan Perancis Jean-Michel Blanquer pada Isnin memberi peringatan dengan memberitahu radio Perancis, RTL bahawa pembukaan semula sekolah telah menyebabkan pelajar dalam bahaya.
Menurut menteri itu, sekolah-sekolah yang terjejas segera ditutup.
Sementara itu media Perancis pula melaporkan bahawa tujuh sekolah di utara negara itu sudah diarahkan ditutup.
Blanquer bagaimanapun tidak menyatakan sama ada 70 kes Covid-19 itu adalah dalam kalangan pelajar atau guru.
Memandangkan tempoh inkubasi virus tersebut adalah beberapa hari, orang ramai berkemungkinan telah dijangkiti sebelum pembukaan semula sekolah, katanya.
Perancis membuka semula kira-kira 40,000 prasekolah dan sekolah rendah minggu lalu, dengan bilangan pelajar dihadkan kepada 15 orang untuk satu kelas. - Metro.co.uk
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!