suria

Taman tema di Wuhan mula dibanjiri pengunjung, ramai bimbang gelombang kedua Covid-19

Taman tema ini kembali beroperasi selepas ditutup sejak empat bulan lalu.

RIBUAN pengunjung beratur untuk masuk ke sebuah taman tema di Wuhan selepas dibenarkan beroperasi semula susulan pandemik Covid-19.

Taman tema Happy Valley itu ditutup selama empat bulan selepas rakyat Wuhan diarahkan untuk menjalani perintah berkurung.

Wabak itu yang meragut lebih 320,000 nyawa di seluruh dunia dipercayai berpunca dari sebuah pasar basah di Wuhan tahun lalu.

Semalam, taman tema yang mula beroperasi sejak 2012 itu menerima kehadiran 3,000 pengunjung walaupun timbul kebimbangan akan berlaku gelombong kedua wabak tersebut.

Taman tema itu dibenarkan beroperasi 20 peratus daripada kapasiti sebenar.

Pengunjung perlu membuat tempahan awal dan suhu badan mereka akan diperiksa sebelum memasuki taman tema itu.

Pihak berkuasa Wuhan berkata 5.5 juta ujian saringan sudah dijalankan terhadap penduduk di wilayah itu.

Hanya 15 kes baru dikesan membabitkan mereka yang tidak menunjukkan sebarang gejala Covid-19. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

taman tema, Happy Valley, Wuhan, Covid-19

Artikel Lain