suria

Jururawat Covid-19 terima kecaman gara-gara pakai PPE lutsinar dengan pakaian dalam sahaja

Foto jururawat itu yang ditularkan pesakit.

FOTO seorang jururawat yang memakai pakaian perlindungan khas (PPE) lutsinar sehinga menampakkan pakaian dalam mendapat perhatian ramai.

Disifatkan menjolok mata, ada yang tampil menyelar fesyen yang digayakannya itu.

Dikenali sebagai Nadia, 23, dia mengakui terdapat kekurangan pakaian yang dibawa ke hospital untuk dipakai bersama PPE.

Dalam kecaman yang diterima, ramai juga yang memberi sokongan kepada jururawat dari Rusia itu selepas dia dikenakan tindakan disiplin oleh pihak hospital.

Malah, satu kempen dilancarkan bagi mencari pesakit yang menularkan foto jururawat itu.

Foto itu dirakam di dalam sebuah wad pesakit lelaki bagi virus Covid-19.

Sehingga kini, Nadia belum memberikan sebarang komen mengenai isu itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

jururawat, Covid-19, Rusia

Artikel Lain