suria

Pasang tirai bilik mandi di setiap meja, pemilik kafe mahu cegah Covid-19

Tirai biik mandi dipasang di setiap antara meja untuk mencegah penularan wabak Covid-19. Foto Francini Osorio/ SWNS.COM

SEORANG pemilik sebuah kafe memasang tirai di setiap meja di premisnya bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Francini Osorio, yang mengendalikan Francini Cafe De Colombia di Worcester di England berkata, dia berharap ideanya itu dapat memberi inspirasi kepada perniagaan lain yang terdesak untuk dibuka semula ekoran keadaan yang tidak menentu selama beberapa bulan.

Ahli perniagaan itu menggunakan lebih 30 tirai bilik mandi sebagai pemisah antara setiap meja.

Ia merupakan fasa percubaan ketika 'perintah berkurung' dilaksanakan.

Francini yang berasal dari Colombia, berkata: "Kitai berdiri dan terus melangkah. Idea ini adalah untuk menyatukan orang ramai tetapi dipisahkan dengan tirai.

"Jika ini memberi inspirasi kepada orang ramai, tentunya bagus"

Pengusaha itu juga merancang untuk menggunakan alat pembersih udara dalam usaha melindungi pelanggan di kafenya, yang mula beroperasi sejak 2015.

Francini turut merancang untuk menyediakan sarung tangan, dan menggalakkan pelanggan membawa topeng muka mereka sendiri. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

tirai, kafe, bilik mandi, Covid-19,

Artikel Lain