MALANG tidak berbau. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan nasib dialami penumpang sebuah feri di Itali. Niat di hati mahu menikmati panorama indah sambil menaiki kenderaan itu, namun ia pula hilang kawalan sehingga berlaku kemalangan. Menerusi kejadian di pulau San Nicola, Isole Tremiti, kapten dilaporkan hilang kawalan sehingga feri tersebut merempuh kawasan berbatu. Dalam satu rakaman tular, feri itu kelihatan tersadai sambil menunggu ketibaan bot penyelamat. Sewaktu kejadian, hanya tujuh penumpang berada di dalam feri dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurut laporan, wujud isu teknikal yang mengakibatkan kapten gagal mengendalikan feri tersebut. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!