SUDAH jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang menimpa penduduk di India apabila mereka kini berhadapan serangan belalang. Tatkala pandemik Covid-19 belum pun reda, serangan serangga itu merangkumi lokasi seperti Madhya Pradesh, Rajasthan dan Uttar Pradesh Pada 20 Mei misalnya, ia dikesan di kawasan Duasa, Rajahstan dan sudah menyerang sekitar 200 kilometer dari kawasan itu dalam tempoh lima hari sahaja. Malah, ia juga disifatkan sebagai serangan yang terburuk dalam tempoh 27 tahun. Selain mengganggu kehidupan manusia, kehadiran serangga itu turut mengganggu tanaman dan industri pertanian. Jika berlarutan, ia dijangka memberi kesan kepada sumber makanan di negara berkenaan. - India Times. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!