SETELAH membuat perkongsian di laman Facebook mendakwa dirinya dijangkiti Covid-19, wanita ini bagaikan ghaib tanpa khabar berita. Kini, sudah dua bulan dia hilang sekaligus menimbulkan rasa resah dalam kalangan rakan dan keluarga. Talina Galloway, 53, hilang secara tiba-tiba pada 13 April, sehari selepas dia memuat naik status itu di laman Facebook. Menetap di Wagoner, Oklahoma, beg duit serta kunci kereta miliknya bagaimanapun masih ada di kediamannya. "Kami begitu risaukan dia. Ini bukan sifatnya. Dia tak akan biarkan kami risau," ujar salah seorang anak saudaranya. Wanita itu merupakan petugas Microsoft dan suaminya pula sudah meninggal dua tahun lalu. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!