RIBUAN peserta mengabaikan peraturan penjarakkan sosial ketika berpesta di sebuah kawasan pelancongan di Amerika Syarikat. Rakaman foto dan video diambil di Lake of the Ozarks di Missouri menunjukkan orang ramai meraikan dalam cuaca panas sambil menari, berenang dan bersantai. Destinasi pelancongan itu menarik kunjungan ribuan orang sempena Memorial Day pada hujung minggu, meskipun ketika ini dilanda krisis Covid-19. Keadaan tersebut menunjukkan tahun ini tidak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Menerusi satu klip video yang dirakamkan di pantai Osage, menunjukkan ratusan pengunjug menikmati minuman keras di kolam renang. Dalam rakaman itu, hanya beberapa orang yang kekal dengan penjarakkan sosial. Manakala, lebih ramai yang melanggar peraturan berkenaan. Rakaman klip video dan foto itu membangkitkan orang ramai di seluruh Amerika Syarikat, berikutan negara itu mendahului dunia berdasarkan jumlah kematian akibat Covid-19. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!