suria

Saintis ramal dunia akan bebas Covid-19 pada Disember... jangkaan boleh berubah kalau orang ramai tak patuh peraturan

Saintis meramalkan UK bebas Covid-19 pada Ogos. Foto: Reuters

PARA saintis membuat ramalan mengenai tarikh jangkaan di mana beberapa negara dan seluruh dunia berkemungkinan akan bebas daripada wabak Covid-19.

Saintis dari Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura membuat ramalan tersebut berdasarkan model matematik yang dicipta untuk meramalkan jangkitan Covid-19 pada masa datang, dengan menggunakan data dari kes yang telah disahkan dan jumlah kematian yang dicatatkan.

Berdasarkan model tersebut, United Kingdom (UK) diramalkan bebas Covid-19 pada 27 Ogos, Singapura pula lebih awal dengan 28 Jun, dan Amerika Syarikat pada 20 September.

Model itu meramalkan pandemik Covid-19 berakhir seratus peratus di seluruh dunia sekitar 4 Disember.

Para saintis tersebut bagaimanapun menegaskan bahawa ramalan itu cenderung untuk berubah dan tarikhnya akan menjadi tidak tepat disebabkan oleh beberapa faktor.

Ia termasuk sekatan yang diperketatkan dan kelonggaran tindakan di sesuatu tempat, rakyat yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau rakyat yang protes terhadap perintah berkurung. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, saintis, ramalan, bebas, UK

Artikel Lain