suria

Mayat dibungkus selimut jadi tanda tanya, mangsa ‘bunuh’ sebenarnya patung seks

Pasukan polis mendapati mayat sebenarnya patung seks selepas siasatan dilakukan. Foto 7 News

POLIS menyuarakan kekeliruan mereka mengenai misteri mayat yang ditemui di tepi jalan utama di North Queensland, Australia, pagi Jumaat.

Polis bertindak terhadap laporan yang dikatakan satu mayat yang dibungkus dengan selimut pada kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam pemeriksaan oleh pakar forensik, mayat itu didedahkan sebagai patung seks yang kelihatan realistik.

"Pasukan forensik memulakan siasatan mereka yang kemudian mendapati mayat tersebut adalah replika patung manusia," kata Polis Queensland dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, mereka memberi jaminan bahawa siasatan terhadap punca keberadaan patung itu terus dilakukan.

Namun, menjadi tanda tanya apabila 'lokasi kejadian' turut didapati percikan darah manusia dan tisu otak, termasuk beberapa pakaian dalam.

Susulan posting mengenai kejadian pelik itu di halaman Facebook Polis Queensland, beberapa netizen membuat spekulasi kejadian tersebut adalalah satu tindakan prank atau gurauan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

mayat, bunuh, patung seks, prank,

Artikel Lain