suria

Lama mengidam, kanak-kanak ini menangis dapat nikmati McDonald's buat pertama kali selepas tempoh ‘lockdown’

Gelagat Adam yang menangis terharu selepas menerima kejutan ibunya menyentuh hati netizen. Foto: Newsflash/@watiwan.mayaadam

SEORANG kanak-kanak lelaki mengalirkan air mata kerana tidak dapat menahan rasa terharu apabila diberi kejutan oleh ibunya, satu set hidangan dari McDonald's yang merupakan makanan kegemarannya.

Adam Mohamad Irwan, 9, tidak dapat menikmati makanan daripada restoran kegemarannya sejak ia terpaksa ditutup gara-gara pandemik Covid-19.

Menerusi video yang tular, kelihatan kanak-kanak autistik dari Singapura itu memberikan reaksi yang sangat tidak dijangka apabila dia menerima kejutan daripada ibunya.

Dia pada mulanya menangis kerana memikirkan ibunya mahu melakukan 'prank', namun terkejut apabila mendapati makanan kegemarannya berada di dalam bungkusan, sebelum terus memberikan pelukan buat ibunya.

Menurut ibunya, Adam gemar menikmati nuget, kentang goreng dan ais krim dari restoran makanan segera itu.

Video yang dikongsinya di Facebook meraih lebih daripada 73,000 kali tontonan. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

menangis, lockdown, McDonald's

Artikel Lain