suria

Wanita dibunuh selepas keluar ‘date’ dengan kenalan dari Tinder

Ethan Hunasker didakwa membunuh seorang wanita yang dikenali menerusi aplikasi tinder. Foto Layton Police Department

SEORANG lelaki menggunakan aplikasi Tinder untuk bertemu dengan seorang wanita sebelum membunuhnya, kata polis.

Ethan Hunsaker, 24, ditangkap dan didakwa kerana membunuh seorang wanita berusia 25 tahun di Layton, Utah di Amerika Syarikat, pada hujung minggu.

Polis berkata, Hunsaker menggunakan aplikasi temu janji untuk bertemu wanita itu, hanya beberapa jam sebelum dia didakwa membunuh mangsa.

Susulan pembunuhan itu, Hunsaker dilaporkan menghubungi polis dan memberitahu terdapat mayat di rumahnya di North Reid Avenue.

Polis kemudian mendapati mayat wanita itu ditemui di lantai rumah Hunsaker dengan beberapa kesan tikaman.

Mangsa disahkan meninggak dunia di tempat kejadian.

"Motif pembunuhan masih dalam siasatan," menurut Jabatan Polis Layton dalam satu kenyataan. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bunuh, Tinder,

Artikel Lain