SEORANG lelaki dipenjara selama 17 tahun selepas merogol ibunya dan mengakibatkan pinggang mangsa patah. Kejadian yang berlaku di barat Australia ketika lelaki berkenaan di bawah pengaruh dadah. Menerusi pendengaran mahkamah, seorang lelaki didapati merogol ibunya tiga kali ketika di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine. Menjatuhkan hukuman tersebut, hakim menyifatkan jenayah itu sebagai antara yang terkutuk dan antara yang paling teruk pernah didengarinya sepanjang kerjayanya. "Orang-orang yang berada di bawah pengaruhnya (dadah) cenderung melakukan kesalahan jenayah dengan serius termasuk tindakan kejahatan, seperti yang saya kendalikan ini," kata hakim. "Sudah tentu bukan metilamfetamin yang merogol ibumu... ia adalah kamu," tambahnya. Dalam kejadian pada November tahun lalu, tertuduh memukul ibunya di pinggang menggunakan batang paip PVC. Ia mengakibatkan wanita berusia 56 tahun itu terjatuh dan diserat dengan menarik rambut ibunya ke bilik tidur, sebelum melakukan kejadian terkutuk itu sebanyak tiga kali. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!